Pengenalan Syarikat

9 06 2009

flag_of_malaysia

 

HZ logo(blue)

 

 

Sejarah Penubuhan

Hamzul Enterprise merupakan syarikat perkongsian 100% milik Bumiputera. Ditubuhkan sejak tahun 2007. Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran 001691249-A.  Syarikat kini beroperasi di Lembah Kelang (induk) dan Negeri Sembilan (cawangan).

Hamzul Enterprise juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sejak Februari 2008 dan merupakan syarikat berstatus Bumiputera. (No.Ruj.Pendaftaran:357-02098727)

Pengalaman

Kini, Hamzul Enterprise sedang giat menjalankan perniagaan terutamanya dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan. Pelanggan Hamzul Enterprise terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, Syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta.

Objektif

Pada tahun 2009, Hamzul Enterprise telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka sebuah lagi cawangan di bandar Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tujuan pembukaan cawangan baru ini adalah untuk menepati objektif syarikat bagi memenuhi kehendak perniagaan di kawasan selatan tanah air.

Liputan Perniagaan

Buat masa ini, lokasi liputan perniagaan Hamzul Enterprise tertumpu kepada kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Syarikat juga sedang mensasar untuk melebarkan sayap pernigaan ke Zon Timur, Utara, Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

Kemudahan Kredit

Hamzul Enterprise juga telah menerima kemudahan kredit dari beberapa syarikat pembekal sejak tahun 2008 bernilai hampir RM200,000.00

Kemudahan ini diberikan atas kepercayaan pengilang / pembuat / pembekal tunggal, diatas komitmen serta prestasi memberangsangkan yang telah ditunjukkan oleh Hamzul Enterprise sejak mula ditubuhkan.

Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami.

DARI PIHAK PENGURUSAN HAMZUL ENTERPRISE


Actions

Information

One response

9 06 2009
Anonymous

Leave a comment