Selamat Datang

12 06 2009

untitledFeNoon%20Logo%2001

 

Terima kasih kerana melayari laman syarikat kami. Diharap agar anda mendapat informasi yang diperlukan berkenaan dengan Hamzul Enterprise.

Pihak Hamzul Enterprise bersedia menerima sebarang tempahan atau tawaran kerja-kerja yang relevan, terutamanya dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan.

Jika terdapat sebarang persoalan atau ingin mendapatkan sebutharga kerja pembekalan / perkhidmatan dari pihak kami, sila hantarkan e-mail anda ke alamat:

hamzul.global@consultant.com

atau hubungi kami ditalian:

Pengurus Operasi – 019.370.1414

Pengurus Perancangan Bisnes: 012.724.7475 

atau fax kepada talian:

03.7981.2792

Terima kasih.

Pihak Pengurusan Hamzul Enterprise.





Pakej Penjimatan Kos Pencetak.

11 06 2009

Printing Solutions

HAMZUL ENTERPRISE kini menyediakan pakej penjimatan kos serta penyelesaian kepada masalah pencetak (printer) khusus untuk kegunaan sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), sektor perbankan, syarikat-syarikat swasta serta agensi-agensi dibawah pelbagai kementerian !

PERNAHKAH ANDA MENGINGINKAN PERKARA SEPERTI INI ?…

PENCETAK BARU secara PERCUMA?

TONER (dakwat) secara PERCUMA ?

JAMINAN 5 TAHUN secara PERCUMA ?

KHIDMAT SOKONGAN DAN ALAT GANTI TULEN secara PERCUMA?

KAMI MAMPU MEMBERIKAN ANDA SEMUA INI HANYA DALAM SATU PAKEJ !!

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah GUNA pencetak tersebut dan bayar setiap bulan mengikut kadar PENGGUNAAN SAHAJA !

TANPA CAJ SEWAAN !

TANPA PERLU BERBELANJA BAGI PEMBELIAN TONER !

TIDAK PERLU MEMBAYAR LEBIH UNTUK MENDAPATKAN JAMINAN TAMBAHAN (extended warranty) BAGI TEMPOH 5 TAHUN !

TIDAK PERLU MELAKUKAN INVENTORI STOK TONER !

Kelebihan Pakej ini:

Mampu memantau perbelanjaan tahunan untuk kos percetakan.

Mampu memantau jumlah bilangan cetakan.

Mampu menjimatkan kos operasi dalam pembelian pencetak dan toner.

Mampu menjimatkan perbelanjaan dalam penyelenggaraan alatan.

Mampu menjimatkan ruang kerja / stor setelah tiada lagi keperluan simpanan stok toner diperlukan.

JIKA ANDA SEDANG MEMIKIRKAN FORMULA UNTUK MENJIMATKAN KOS PERCETAKAN ANDA, KAMI ADA JAWAPANNYA !

Bagi keterangan lanjut berkenaan dengan pakej ini, sila hubungi pihak kami di talian 019.370.1414 atau 012.724.7475

Anda juga boleh mendapatkan sebutharga (quotation) melalui email di alamat hamzul.global@consultant.com

ANDA AKAN BERJIMAT SERTA-MERTA DENGAN PAKEJ KAMI !

Terima kasih

HAMZUL ENTERPRISE





Perakuan Pendaftaran

10 06 2009

Berikut merupakan imbasan salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang terbaru, dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kepada Hamzul Enterprise.

Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan

Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan

AKUAN PENDAFTARAN VENDOR FELDA

Sijil Vendor Berdaftar FELDA

Sijil Vendor Berdaftar FELDA

Hamzul Enterprise juga merupakan vendor yang telah berdaftar dengan FELDA HOLDINGS BERHAD dari 1 September 2009 – 31 Ogos 2011

Kod bidang yang berdaftar dengan FELDA HOLDINGS BHD adalah seperti berikut:

0301 – Bahan-bahan & Alatulis

0302 - Alat Kelengkapan Pejabat & Kediaman & Pameran

0306 – Kelengkapan Sukan, Cenderamata & Muzik

0404 – Mencuci & Membersih

0405 – Percetakan

0408 – Lain-lain perkhidmatan

*sesetengah perkataan / nombor / alamat premis terpaksa dikaburkan oleh pihak Hamzul atas sebab-sebab keselamatan bagi mengelak di duplikasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

HAMZUL ENTERPRISE





Maklumat bank

10 06 2009

cimb_bank_logo1

Untuk sebarang urusan perbankan, Hamzul Enterprise mempunyai Akaun Semasa (Current account) dengan CIMB Bank.

Cawangan: Lucky Garden Bangsar, Kuala Lumpur

No. Akaun: 1427-0008204-057

HAMZUL ENTERPRISE





Pengalaman.

10 06 2009

Business

Berikut adalah antara rekod kerja-kerja yang telah disempurnakan oleh syarikat kami:

Tahun 2008

Membekal Karton Box 2 layer untuk stor Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal mesin perincih untuk perpustakaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembelian Mesin Fax Panasonic Untuk PRO, Personel Kaunseling Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal LCD TV 32′  berjenama Samsung untuk ruang menunggu Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal Kamera jenama Canon Powershot model A580 untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal Sony Handycam DCR-SR 65E untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal HP Desktop PC DX 2710 untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekal HP Laserjet P100 Printer untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Membekalkan barang-barang premium untuk Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Tahun 2009

Membekal segala tenaga pekerja, alat-alat, bahan-bahan, loji-loji, perkakas kerja dan kenderaan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil bagi kerja-kerja mencetak dan membekal brosur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Membekal, mereka dan mencetak risalah untuk Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Membekal bendera negeri-negeri Malaysia ( saiz 3′ X 6′ ) untuk Pengurusan Perancangan dan Pembangunan Cawangan PPK, Arkib Negara Malaysia.

Membekal bendera arkib negara Malaysia ( saiz 3′ X 6′ ) untuk Pengurusan Perancangan dan Pembangunan Cawangan PPK, Arkib Negara Malaysia.

Kerja-kerja merekabentuk dan membekal baju kemeja korporat untuk peserta Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 Kerja-kerja pembekalan jaket (zip coat) dengan sulaman nama, Jata Negara serta Logo Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada peserta Institut Sosial Malaysia.

Pembekalan pakaian sukan (track-suit) jenama EIDER kepada Felda Transport Services Sdn. Bhd. (anak syarikat Felda Holdings)

HAMZUL ENTERPRISE





Surat kemudahan kewangan / kredit

10 06 2009

 Berikut merupakan imbasan salinan surat asal kemudahan kredit dari Syarikat KK Printing yang bertarikh 12 Mac 2008.

Surat fasiliti kredit dari KK Printing

Surat fasiliti kredit dari KK Printing

Dibawah merupakan salinan asal surat pemberian kemudahan kredit daripada Syarikat Mohd Amin bin Abdul Haq bertarikh 24 September 2008.

aminHaq

Kemudahan kredit untuk kerja-kerja pengangkutan / logistik

HAMZUL ENTERPRISE





Jenis Perniagaan yang didaftar

10 06 2009

Jenis perniagaan Hamzul Enterprise yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah:

logo_ssm

Membekal alatulis, Alat dan sistem cegah kebakaran, Cenderamata dan hadiah, Mencuci bangunan, Membersih kawasan, Tenaga pengajar, Lampu dan kelengkapan, Kabel dan aksesori, Alat hawa dingin, Perabot, Permaidani / Ambar, Mesin-mesin pejabat, Perkakas elektrik,  Alat bantuan mengajar, Peralatan / pakaian sukan, Kelengkapan makmal, Baja, Racun pertanian, Peralatan pentanian dan ternakan, Masakan bermasak Islam.

Kementerian Kewangan Malaysia

Kementerian Kewangan Malaysia

Kepala dan Sub-kepala yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam bidang bekalan / perkhidmatan adalah:

030100 – Alat dan Sistem Cegah Kebakaran

200300 – Kabel, Aksesori dan Konduktor

200400 – Lampu dan Kelengkapan

220101 – Alat Hawa Dingin (Window / Split)

220401 – Mencuci bangunan

220402 – Membersih Kawasan

220502 – Tenaga Pengajar

010201 – Alatulis (Tidak termasuk borang / kertas komputer)

020101 – Perabut

020102 – Permaidani / Ambar

020201 – Mesin-mesin pejabat

020300 – Perkakas elektrik

040200 – Alat bantuan mengajar

070100 – Peralatan / pakaian sukan

070200 – Cenderamata dan hadiah

080200 – Makanan mentah basah

080300 – Makanan mentah kering

080501 – Makanan bermasak Islam

100200 – Kelengkapan makmal

120101 – Baja

120102 – Racun pertanian

120300 – Peralatan pertanian dan ternakan

 Tarikh sahlaku : 12/6/09 sehingga 12/2/2011

HAMZUL ENTERPRISE





Senarai syarikat yang memberikan kemudahan kewangan.

10 06 2009
KK Printing

KK Printing

Antara pembekal barangan cenderahati serta peralatan/kelengkapan percetakan kepada Hamzul Enterprise adalah syarikat KK Printing (001588671-D). Syarikat tersebut telah memberikan fasiliti kredit kepada Hamzul Enterprise sejak Mac 2008 dengan nilai RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu sahaja).

aminLOGO

Syarikat Mohd Amin bin Abdul Haq

 Sebuah lagi syarikat yang memberikan fasiliti tersebut adalah Syarikat Mohd Amin bin Abdul Haq (000662146-T). Jumlah fasiliti yang dibenarkan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima puluh ribu sahaja) bagi melaksanakan kerja-kerja pengangkutan dan logistik.

Kemudahan-kemudahan kewangan ini adalah bagi memastikan Hamzul Enterprise dapat menjalankan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan dengan lebih efisyen, disamping kepercayaan syarikat-syarikat tersebut diatas pencapaian serta komitmen cemerlang secara berterusan yang telah ditunjukkan oleh Hamzul Enterprise.

HAMZUL ENTERPRISE





Akuan Bumiputera oleh Kementerian Kewangan Malaysia

9 06 2009
Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera

Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera





Akuan Pendaftaran Kontraktor oleh Kementerian Kewangan Malaysia

9 06 2009
Akuan Pendaftaran kontraktor

Akuan Pendaftaran kontraktor

 Sijil Bidang Kerja

HAMZUL ENTERPRISE





Barangan Premium Korporat.

9 06 2009

Syarikat kami pakar dalam membekal barangan premium korporat untuk syarikat atau perseorangan. Harga dijamin lebih kompetetif berbanding di pasaran.

 12a

 

5378

610411

 

 

 

 

 

Untuk mendapatkan katalog penuh, sila e-mail kepada kami di hamzul.global@consultant.com

HAMZUL ENTERPRISE





Pengenalan Syarikat

9 06 2009

flag_of_malaysia

  

HZ logo(blue)

 

Sejarah Penubuhan

Hamzul Enterprise merupakan syarikat perkongsian 100% milik Bumiputera. Ditubuhkan sejak tahun 2007. Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran 001691249-A.  Syarikat kini beroperasi di Selangor (induk) dan Negeri Sembilan (cawangan).

Hamzul Enterprise juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sejak Februari 2008. (No.Ruj.Pendaftaran:357-02098727)

Pengalaman

Kini, Hamzul Enterprise sedang giat menjalankan perniagaan terutamanya dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan. Pelanggan Hamzul Enterprise terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, Syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta.

Objektif

Pada tahun 2009, Hamzul Enterprise telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka sebuah lagi cawangan di bandar Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tujuan pembukaan cawangan baru ini adalah untuk menepati objektif syarikat bagi memenuhi kehendak perniagaan di kawasan selatan tanah air.

Liputan Perniagaan

Buat masa ini, lokasi liputan perniagaan Hamzul Enterprise tertumpu kepada kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Syarikat juga sedang mensasar untuk melebarkan sayap pernigaan ke Zon Timur, Utara, Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

Kemudahan Kredit

Hamzul Enterprise juga telah menerima kemudahan kredit dari beberapa syarikat pembekal sejak tahun 2008 bernilai hampir RM200,000.00

Kemudahan ini diberikan atas kepercayaan syarikat-syarikat pembekal tersebut diatas komitmen serta prestasi memberangsangkan yang telah ditunjukkan oleh Hamzul Enterprise sejak mula ditubuhkan.

HAMZUL ENTERPRISE